Pernah seketika saya singgah minum di sebuah kedai kopi di tengah bandar. Di meja hadapan terdapat dua lelaki asyik berbual dengan begitu aktif diselang-seli dengan senyum ketawa. Tentu topik yang dibualkan itu menarik. Ini dapat dilihat dari sudut pergerakan 'gesture' yang ditunjukkan semasa mereka berinteraksi.
Gesture merupakan pergerakan anggota badan khususnya 'tangan' dan jari-jemari sewaktu kita berkomunikasi dengan orang lain sama ada antara individu ataupun anda sedang memberikan ucapan di hadapan orang ramai.
Penggunaan gesture yang baik dapat meningkatkan lagi kefahaman orang yang sedang berinteraksi dengan anda. Walaubagaimanapun, ianya bergantung kepada saiz/bilangan orang yang berada di hadapan anda. Sekiranya anda hanya berkomunikasi secara interpersonal iaitu antara seorang dengan seorang yang lain atau beberapa orang sahaja, maka pergerakan anggota badan anda harus 'diminimumkan'.
Andainya anda sedang menyampaikan ucapan/taklimat/ceramah di mana tentunya bilangan audien anda agak ramai, tentunya anda perlu 'melebarkan' sedikit penggunaan gesture anda. Anda mungkin perlu menggunakan pergerakan tangan dengan lebih luas seperti mendepakan lagi ruang tangan anda, meninggikan lagi pergerakan tangan bukan sekadar pada bahagian dada sahaja.
Sesetengah penceramah suka 'menuding jari' ke arah audiennya apabila bertanyakan sesuatu. Apa yang anda rasa apabila seseorang menuding jari ke arah anda? Adakah anda rasa seperti bersalah?.Anda mungkin akan rasa lebih selesa sekiranya penceramah tadi menggunakan teknik 'tangan terbuka' iaitu tidak menggunakan 'jari telunjuk' semata-mata tetapi lebih kepada penggunaan tangan yang dihalakan kepada anda.
Penggunaan 'gesture' yang berlebihan bakal mengundang persepsi negatif terhadap anda namun tanpa penggunan 'gesture', mesej anda akan kelihatan kaku. Oleh itu, gunakanlah 'gesture' secara berpatutan dan efektif.
#Inginkan perkongsian dari kami? Sila aturkan pertemuan dengan kami. Hubungi:
019-4757827/013-9287368 (24hrs)
emel: pdevresources@gmail.com
No comments:
Post a Comment