Our Profile

Pengalaman dalam bidang komunikasi selama lebih 10 tahun terutamanya pengendalian kursus-kursus berkaitan komunikasi dan peningkatan kerjaya telah memberikan rangsangan untuk menubuhkan sebuah firma perunding yang menawarkan program-program latihan pembangunan kepada individu dan juga organisasi. 

Latarbelakang 'Jurulatih/Penceramah'

Khairulnizam Shuib merupakan pemegang ijazah sarjana dalam bidang Komunikasi Kepengurusan dan juga sarjana muda Perhubungan Awam berpengalaman lebih dari 15 tahun dalam bidang komunikasi terutamanya Interpersonal Skills, Effective Communication Within Organisation and Organizational Communication.   Beliau telah menghasilkan modul-modul pembelajaran untuk kegunaan pelajar-pelajar Institusi Pengajian Tinggi terutamanya modul-modul berkaitan pendidikan komunikasi.  Selain dari aktif dalam bidang akademik, beliau juga berkongsi pengetahuan dan pengalamannya dengan mengendalikan bengkel dan kem-kem pembangunan diri dan kerjaya kepada kumpulan-kumpulan pelajar dan juga organisasi. 


Marina Ahmad, pemegang Ijazah Sarjana Muda Bahasa Inggeris (Komunikasi) dan juga diploma in Banking, juga merupakan konsultan di PDResources yang berpengalaman hampir 10 tahun dalam bidang akademik dan aktiviti-aktiviti sosial.  Banyak program-program kemasyarakatan telah dikendalikan beliau di samping memiliki kemahiran dalam aspek pembinaan imej individu yang positif, penetapan matlamat dalam kerjaya, pembinaan karektor dan kecemerlangan diri usahawan.  


PDResources mengamalkan etika perniagaan yang profesional di mana kepuasan pelanggan adalah sangat diutamakan dan 'feedback' kepada pelanggan dalam apa jua urusan menjadi keutamaan kami.  PDResources membuka ruang interaksi melalui pelbagai saluran kepada pelanggan daripada rangkaian berikut:

E-mail: pdevresources@gmail.com
Blog: www.pd-resources.blogspot.com
Tel: 019-475 7827 dan 013-928 7368

Pelanggan yang berminat terhadap perkhidmatan PDResources, boleh menggunakan mana-mana saluran di atas untuk berinteraksi dengan kami.   Sokongan dari semua pelanggan sangat kami hargai.