Pelajar tahun akhir diberi latihan 'soft skills'
Sekumpulan pelajar tahun akhir telah didedahkan dengan panduan berguna tentang keperluan mempunyai soft skills yang tinggi agar dapat berdaya saing di dalam kehidupan selepas menamatkan pengajian kelak. Mereka juga didedahkan dengan kemahiran menghadapi temuduga kerja melalui aktiviti-aktiviti simulasi yang dapat meningkatkan kesedaran tentang peranan mereka selaku calun temuduga kerja.
Bengkel juga memberi panduan kepada pelajar di dalam menyediakan 'resume' dan 'cover letter' yang dapat meyakinkan bakal majikan di dalam proses pencarian pekerjaan. Selain itu, beberapa modul soft skill yang lain seperti kemahiran komunikasi, mengenali potensi diri, pemikiran analitikal, pengucapan awam didedahkan kepada pelajar. PDResources mengharapkan para pelajar yang menyertai kursus/bengkel ini memperolehi ilmu dan persediaan yang positif untuk pembangunan diri.
PDResources penuhi slot ceramah bagi modul LPKP Uitm

40 Pelajar IPT sertai Kem Pengukuhan Sahsiah
Pelbagai aktiviti menarik disediakan kepada peserta termasuklah aktiviti luaran yang berbentuk cabaran fizikal dan juga slot dalaman yang lebih menjurus kepada pembangunan diri yang positif, kerja berkumpulan, penetapan matlamat dan sebagainya lagi.
80 Pelajar IPT berkampung di Dusun Minda Resort
Sekumpulan pelajar tahun akhir telah didedahkan dengan panduan berguna tentang keperluan mempunyai soft skills yang tinggi agar dapat berdaya saing di dalam kehidupan selepas menamatkan pengajian kelak. Mereka juga didedahkan dengan kemahiran menghadapi temuduga kerja melalui aktiviti-aktiviti simulasi yang dapat meningkatkan kesedaran tentang peranan mereka selaku calun temuduga kerja.
Bengkel juga memberi panduan kepada pelajar di dalam menyediakan 'resume' dan 'cover letter' yang dapat meyakinkan bakal majikan di dalam proses pencarian pekerjaan. Selain itu, beberapa modul soft skill yang lain seperti kemahiran komunikasi, mengenali potensi diri, pemikiran analitikal, pengucapan awam didedahkan kepada pelajar. PDResources mengharapkan para pelajar yang menyertai kursus/bengkel ini memperolehi ilmu dan persediaan yang positif untuk pembangunan diri.
![]() |
| perbincangan kumpulan |
![]() |
| antara peserta yang hadir |
![]() |
| communication activity |
![]() |
| mock interview |
PDResources penuhi slot ceramah bagi modul LPKP Uitm
PDResources telah diundang untuk menyampaikan ceramah kepada lebih 200 pelajar tahun dua yang mengambil program Uitm di Kolej Poly-Tech MARA Alor Setar pada 23 dan 24 Jun 2011 lalu. Ceramah telah disampaikan oleh Marina Ahmad dan Khairulnizam yang lebih berkisar tentang pencapaian dan pembangunan diri.
Program ini disusun oleh kaunselor kolej untuk memenuhi modul LPKP yang disyaratkan oleh pihak Uitm.
Panduan Buat Bakal Graduan
Seramai 20 bakal graduan dari IPT tempatan telah menyertai Seminar Kecemerlangan Graduan yang diadakan pada 1 Mei 2011 bertempat di Hotel Darulaman, Jitra, Kedah.
Program ini bertujuan memberikan panduan kepada peserta tentang persiapan menghadapi pasaran kerja terutamanya tentang jangkaan majikan terhadap mereka serta panduan tentang pembinaan imej yang positif dan meyakinkan.

40 Pelajar IPT sertai Kem Pengukuhan Sahsiah
Seramai 40 pelajar IPT telah menyertai kem 2 hari 1 malam yang bertemakan Kem Pengukuhan Sahsiah pada 30 Mac hingga 1 April, 2011 lalu bertempat di Kem Paya Pahlawan, Jitra.
Pelbagai aktiviti menarik disediakan kepada peserta termasuklah aktiviti luaran yang berbentuk cabaran fizikal dan juga slot dalaman yang lebih menjurus kepada pembangunan diri yang positif, kerja berkumpulan, penetapan matlamat dan sebagainya lagi. 80 Pelajar IPT berkampung di Dusun Minda Resort
Kem Pembangunan Pelajar ini disertai oleh 80 pelajar IPT bertempat di Kem Dusun Minda Resort, Kuala Nerang, Kedah dari 8 hingga 9 April 2011. Peserta didedahkan dengan aktitivi luar seperti Flying Fox dan Nite Walking di samping pengisian dalaman yang memberi panduan ke arah memperbaiki diri agar menjadi individu yang lebih 'competent'.
















