PDResources menawarkan promosi pakej kursus berkaitan
'Self Development' dan
'Career Advancement' untuk individu dan organisasi di semua peringkat khususnya organisasi, institusi pengajian tinggi dan sekolah.
KOS setiap pakej kursus adalah bergantung kepada:
- Tempoh Masa Kursus atau
- Yuran Setiap Peserta atau
- Bilangan Hari
Sila hubungi kami untuk pakej dan caj:
019-475 7827 / 013-928 7368 @ email:
pdevresources@gmail.com
Pakej-pakej kami adalah seperti berikut:
- Effective Communication Within Organisation / Komunikasi Efektif Di Dalam Organisasi
Kursus ini menekankan kepada aspek komunikasi efektif yang menjadi tunjang terhadap kejayaan sesebuah organisasi.Kefahaman terhadap asas-asas komunikasi, elemen-elemen komunikasi, aliran komunikasi dalam sesebuah organisasi merupakan antara isi kandungan yang akan disentuh di dalam kursus ini. Di akhir kursus ini, peserta akan dapat mengenalpasti kelemahan dan kekuatan amalan komunikasi yang diamalkan dalam organisasi.
- Kemahiran Pengucapan Awam
Ramai berpendapat sekiranya seseorang itu mahir dalam pengucapan awam maka ianya akan meningkatkan lagi tahap keyakinan diri apabila berhadapan dengan pelbagai lapisan masyarakat semasa berurusan. Fakta ini dikongsi di dalam kursus untuk meningkatkan lagi skil dalam pengucapan awam di mana peserta akan didedahkan dengan asas-asas pengucapan awam yang berkesan, analisis audien, persediaan yang perlu dilakukan dan sebagainya lagi. Di akhir kursus ini, peserta akan dapat membuat satu pembentangan atau pengucapan awam dengan lebih yakin.
- Pembinaan Karektor Usahawan
Di dalam menempuh cabaran di dunia yang serba moden ini, bidang keusahawanan merupakan satu bidang menarik yang perlu diterokai oleh sebilangan masyarakat. Usahawan yang cemerlang harus memiliki sikap dan sifat yang positif dan harus membina 'watak' usahawan yang
'competent' agar dapat bersaing di dalam pasaran perniagaan yang terbentang luas di hadapan mata. Di akhir kursus ini, peserta akan dapat menyenaraikan sifat diri yang bersesuaian dengan istilah 'usahawan cemerlang'. Semoga ianya dapat membantu peserta mencapai matlamat bergelar usahawan berjaya.
- Kecemerlangan Graduan : Keperluan Organisasi
Program ini khusus kepada peserta yang akan bergraduat atau menamatkan pengajian di mana-mana IPT tempatan atau luar negara. Fokus program adalah berkaitan dengan persediaan sebelum melangkah ke dunia kerjaya terutamanya di dalam aspek persediaan menghadapi temuduga kerja. Peserta akan didedahkan dengan panduan menghadapi temuduga, personaliti unggul dan kehendak pasaran kerja sekarang ini.
- Kem Pembangunan dan Kecemerlangan Pelajar
Program ini direka khas buat para pelajar sama ada di peringkat menengah atau institusi-institusi pengajian tinggi. Melalui aktiviti luaran yang berbentuk fizikal dan menghiburkan, para peserta juga diterapkan slot pengisian dalaman berbentuk kemahiran insaniah dan pembangunan diri. Kebiasaannya, program ini akan mengambil masa selama sekurang-kurangnya 2 hari 1 malam atau 3 hari 2 malam bertempat di kem-kem latihan kami yang terpilih. Di akhir program ini, peserta akan dapat meningkatkan keyakinan diri, melakarkan impian dan visi diri serta memantapkan pembangunan diri supaya menjadi lebih positif dan mempunyai matlamat yang jelas.