Jurulatih Komunikasi dan Motivasi #Pengucapan Awam #Presentation Skill #Soft Skills #Motivational Talks #Komunikasi Efektif Di Tempat Kerja adalah bidang KEPAKARAN kami
Ke Arah Peningkatan Kredibiliti Diri
Terdapat banyak kelebihan bagi seseorang yang punyai kemahiran dalam pengucapan awam. Bukan sekadar kepada ahli-ahli politik kerana anda mungkin tidak berminat menjadi ahli politik.
Bayangkan anda berada dalam situasi berikut:
# Tugas anda adalah memberi taklimat berkaitan organisasi dan produk serta perkhidmatan kepada pihak luar
# Tugas anda adalah memberi motivasi kepada pekerja melalui taklimat agar kualiti perkhidmatan dan penyampaian dapat ditingkatkan.
# Anda diminta membentangkan laporan dalam sesuatu mesyuarat
Ketahuilah rahsia bagaimana membentuk sesuatu ucapan menjadi lebih efektif melalui gaya persembahan yang berkualiti dan anda pastinya bakal menjadi seorang pengucap awam yang kompeten. Hubungilah kami untuk menetapkan jadual latihan di talian 019-475 7827 atau email: pdevresources@gmail.com
Audien adalah Segalanya
Ceramah, taklimat, ucapan, pembentangan, seminar dan sebagainya lagi merupakan antara pentas yang digunakan oleh penceramah atau seseorang pengucap awam berkongsi idea atau mesej ucapannya. Dalam apa jua pentas yang digunakan, tentunlah ucapan tersebut diarahkan kepada golongan tertentu. Golongan yang memerhati, mendengar dan menerima mesej digelar sebagai 'Audien'.
Mereka merupakan golongan yang sangat penting dalam sesuatu ucapan yang dilakukan. Tanpa mereka, ucapan anda tidak akan ada penerima atau pendengarnya. Oleh itu wajarnya, audien itu diberi penekanan yang tinggi semasa melakukan persiapan untuk berucap.
Kredibiliti seseorang pengucap awam itu bukanlah terletak pada anggapan si penceramah. Sekiranya anda sebagai orang yang menyampaikan ucapan, anda tidak dapat membuat anggapan bahawa anda mempunyai kredibiliti yang tinggi sebagai penceramah. Habis!...siapakah yang membuat tanggapan itu? Tentunya orang yang di hadapan anda atau audien anda.
Merekalah orang yang paling layak menilai sama ada anda mempunyai kredibiliti yang baik sebagai seorang penceramah/pengucap awam ataupun sebaliknya. Tugas anda adalah melakukan yang terbaik bagi mewujudkan persepsi yang positif terhadap diri anda di minda audien.
Semasa anda melakukan persiapan untuk berucap, letakkanlah audien anda itu di tempat yang harus anda berikan keutamaan. Buatlah sedikit homework atau kajian tentang audien anda sama ada secara demografi yakni mengetahui status mereka berkaitan umur, jantina, tahap pendikan, latarbelakang kerjaya dan sebagainya lagi. Selepas melakukan kajian demografi ini, cuba dapatkan penilaian secara situasi; antaranya mengetahui tahap pengetahun mereka tentang subjek anda, tahap penerimaan mereka, keadaan fizikal spt bilik/dewan/suhu dan sebagainya lagi.
Apabila anda 'concern' terhadap audien anda, mereka akan dapat merasai keikhlasan anda sebagai penceramah terhadap isu-isu yang berkaitan dengan kehidupan atau minat mereka. Sebagai penceramah yang baik, perkara sebegini harus dipandang secara serius agar audien menyokong idea yang anda bawa ketika berceramah. ##
Subscribe to:
Comments (Atom)
