"Smart Study" sebagai panduan pelajar duduki UPSR

4 Mei 2012 - Seramai lebih 100 pelajar Sek Keb Convent, Alor Setar, Kedah telah diberi panduan bagaimana mengaplikasikan "Smart Study" sebagai persiapan menghadapi UPSR yang bakal tiba. 

PD Resources diberi kepercayaan oleh pihak sekolah untuk berkongsi panduan berguna kepada pelajar dalam aspek pembangunan diri khususnya persiapan menduduki UPSR kelak. 

Aktiviti bersama pihak sekolah merupakan salah satu sumbangan sosial PD Resources ke arah pembangunan masyarakat terutamanya golongan pelajar yang lebih berkualiti.