Kehidupan remaja kini begitu mencabar tatkala berhadapan dengan perkembangan kehidupan manusia melalui penerimaan maklumat yang berbagai bentuk dari pelbagai sumber. Pemikiran remaja kini dipengaruhi dari pelbagai aspek kehidupan; dari keluarga, rakan sebaya, guru, teknologi maklumat dan sebagainya.Pengetahuan asas komunikasi yang baik bukan sekadar memahami dan mendengar apa yang diperkatakan oleh orang lain malahan lebih dari itu termasuklah memahami istilah 'komunikasi' itu sendiri yang merangkumi keseluruhan aspek kehidupan manusia; dari pemikiran, pemakaian, percakapan, penulisan, persepsi, perbuatan dan sebagainya lagi.
Pengenalan terhadap kursus asas komunikasi remaja membolehkan remaja menganalisa amalan komunikasi yang dilakukan seharian melalui pemahaman proses-proses yang terlibat, implikasinya dan elemen-elemen yang berkait sangat rapat dengan diri individu itu sendiri. Ilmu ini sangat berfaedah dan dapat diaplikasikan dalam segala aspek kehidupan remaja sama ada dalam konteks pergaulan, sukan, pembelajaran, pekerjaan dan sebagainya lagi.
Kursus ini ditawarkan khususnya kepada semua pengetua dan guru-guru kaunseling yang mengharapkan anak didiknya memahami kejadian diri dan mengamalkan kehidupan yang sihat agar menjadi remaja yang mempunyai matlamat kehidupan yang jelas dan berjaya serta menjadi ikutan rakan sebaya lain.
Sila hubungi kami untuk keterangan lanjut mengenai kursus ini.