Latihan Pendedahan Buat Bakal Graduan

pelajar berbincang menyelesaikan tugasan

Sekumpulan pelajar tahun akhir telah menghadiri satu bengkel sebagai pendedahan menghadapi situasi sebaik menamatkan pengajian khususnya berkaitan temuduga kerja.  Bengkel ini menyediakan pelajar tentang panduan menghadapi temuduga kerja di samping membangunkan 'resume' dan 'cover letter' yang betul dan meyakinkan bakal majikan.  Pelajar juga didedahkan dengan beberapa modul 'soft skill' yang sangat diperlukan supaya lebih berdaya saing.  Seterusnya..

Kursus Asas Komunikasi buat Remaja

Kehidupan remaja kini begitu mencabar tatkala berhadapan dengan perkembangan kehidupan manusia melalui penerimaan maklumat yang berbagai bentuk dari pelbagai sumber. Pemikiran remaja kini dipengaruhi dari pelbagai aspek kehidupan; dari keluarga, rakan sebaya, guru, teknologi maklumat dan sebagainya.

Pengetahuan asas komunikasi yang baik bukan sekadar memahami dan mendengar apa yang diperkatakan oleh orang lain malahan lebih dari itu termasuklah memahami istilah 'komunikasi' itu sendiri yang merangkumi keseluruhan aspek kehidupan manusia; dari pemikiran, pemakaian, percakapan, penulisan, persepsi, perbuatan dan sebagainya lagi.

Pengenalan terhadap kursus asas komunikasi remaja membolehkan remaja menganalisa amalan komunikasi yang dilakukan seharian melalui pemahaman proses-proses yang terlibat, implikasinya dan elemen-elemen yang berkait sangat rapat dengan diri individu itu sendiri. Ilmu ini sangat berfaedah dan dapat diaplikasikan dalam segala aspek kehidupan remaja sama ada dalam konteks pergaulan, sukan, pembelajaran, pekerjaan dan sebagainya lagi.

Kursus ini ditawarkan khususnya kepada semua pengetua dan guru-guru kaunseling yang mengharapkan anak didiknya memahami kejadian diri dan mengamalkan kehidupan yang sihat agar menjadi remaja yang mempunyai matlamat kehidupan yang jelas dan berjaya serta menjadi ikutan rakan sebaya lain.

Sila hubungi kami untuk keterangan lanjut mengenai kursus ini.

Outdoor Camp

Program luaran yang berbentuk cabaran fizikal di samping pengisian dalaman untuk pembangunan diri peserta. Menyertai program ini akan menjadikan diri anda lebih mantap, yakin diri dan mampu melakukan perubahan ke atas diri. 

Latihan pembangunan diri adalah sangat relevan bagi individu supaya lebih berdaya saing di persekitaran kerja yang lebih mencabar kini. 



Program Latihan PDResources

Individu berhadapan dengan cabaran getir untuk kekal bersaing di dalam era kini di mana permintaan terhadap individu yang mempunyai skil yang bukan sahaja merangkumi pengetahuan teknikal malahan 'people skill' mahupun 'soft skill' yang menjadi keutamaan kebanyakan organisasi kini.  

Menyedari hakikat itu, PDResources mengambil inisiatif memberi peluang kepada setiap individu dan organisasi mengekalkan komitmen ke arah peningkatan kualiti diri dan kerjaya agar dapat terus 'bersaing' dan menjadi pilihan pihak pengurusan organisasi.  PDResourses menyediakan modul-modul latihan yang seiring dengan kehendak 'soft skill' yang diperlukan organisasi masa kini.  Rujuk senarai kursus untuk STAF dan PELAJAR di sini.

Kami di PDResources memberi pilihan kepada anda untuk mendapatkan kursus-kursus kelolaan kami di organisasi anda atau di tempat latihan yang kami sediakan.  Anda hanya perlu memilih kursus-kursus yang ingin diikuti dan hubungi kami untuk persiapan selanjutnya.  Kami juga boleh 'customize' kursus-kursus yang sedia ada agar memenuhi kehendak anda.